Check in / Check out
Waktu check in hotel adalah pada pukul 2.30 petang dan waktu check out adalah pada pukul 12.00 tengah hari.
Pihak ILF berhak untuk mengenakan caj kadar separuh hari jika check out selepas jam 12.00 tengahari dan kadar sehari penuh jika check out selepas pukul 6.00 petang
Tempahan
- Bagi pakej seminar pihak penganjur hendaklah menyediakan surat tempahan bagi rujukan lengkap pihak kami
- Pihak pengurusan berhak mengubah, menunda atau membatalkan tempahan berdasarkan penilaian pihak pengurusan.
- Senarai penginapan kumpulan yang terperinci mesti dikemukakan kepada Bahagian Tempahan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum ketibaan kumpulan dan senarai tersebut mesti mengandungi maklumat penerbangan dan keperluan makanan, jika ada. Jika tidak, hotel tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan semasa daftar masuk kumpulan.
- Untuk tempahan Seminar/Pakej/Bengkel/Family Day, nama tetamu yang mendaftar masuk mesti sepadan dengan tempahan.
- Minimum tempahan bagi pakej Seminar/Bengkel/Family Day adalah 20 orang ( 10 bilik )
Lain-lain
- Pihak pengurusan berhak untuk menukar jenis bilik untuk semua pakej berdasarkan Run on House (ROH) pada bila-bila masa dengan tertakluk kepada ketersediaan bilik.
- Peserta yang terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan atau penganjur adalah di bawah risiko sendiri. Pihak pengurusan ILF tidak bertanggungjawab di atas kehilangan dan kecederan yang dialami oleh peserta.
- Bagi melancarkan program, pihak penganjur hendaklah menyediakan Jadual Program, Senarai Peserta (Lelaki/Perempuan), Senarai PIC program dan keperluan peralatan di setiap lokasi program seminggu sebelum program bermula.
- Membawa binatang peliharaan atau haiwan liar adalah tidak dibenarkan sama sekali
- Pihak penganjur hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan fasiliti atau aset ILF sepanjang tempoh penyewaan. Kadar denda yang sepadan dengan nilai taksiran kerugian akan dikenakan.
- Penganjur juga adalah tertakluk kepada semua peraturan penggunaan hotel sepertimana tertera di bilik hotel.
Sajian
- Bilangan sajian adalah berdasarkan tempahan yang telah disahkan dan sebarang pertambahan bilangan sajian akan dikenakan dengan kadar yang telah ditetapkan.
- Penyediaan sajian daripada vendor luar adalah tidak dibenarkan.
Pembayaran
Bayaran penuh untuk tempahan diperlukan dalam masa lima (05) hari selepas penerbitan invois. Bayaran boleh dibuat atas nama:-
- Nama Akaun: INSTITUT LATIHAN FELDA TROLAK
- Nombor Akaun: 558154522824
- Bank: MAYBANK SDN BHD
(Sila hantar salinan resit transaksi untuk rujukan kami selepas bayaran dilakukan)
